AWAL
BISMILLAH PEMBUKA BICARA
MAJLIS
BERMULA TIRAI DIBUKA,
ASSALAMMUALAIKUM
MULANYA KATA,
SAYA
SEMBAH PEMBUKA BICARA.
MENCARI
TIMBA SI ANAK DARA
DI
BAWAH SARANG BURUNG TEMPUA
SALAM
SEMBAH PEMBUKA BICARA
SAYA
UCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SEMUA
Assalamualaikum
warahmatullhi wabarokatuh dan salam sejahtera.
Terlebih dahulu Saya Dj Bidan yang akan menemani anda semua di Majlis
ini bermula 11 pagi sehingga jam 4 petang hari ini, Dj Bidan mengambil
kesempatan mengucapkan berbanyak banyak terima kasih di atas kepercayaan yang
telah di berikan oleh tuan Rumah kita Tuan DZAYUDDIN BIN ZAKARIA dan Puan
SILAHHATUN BINTI JELANI Ataupun nama Manja ANN, dan tidak lupa kepada yang
kita Rai Raja Sehari kita Puteri DAHLIA BINTI DZAYUDDIN dan pasangan Putra
MOHAMAD SYAFIQ BIN ABDUL RAZAK
UCAPAN ALU-ALUAN SELAMAT DATANG
Buah
pauh di kerat kerat
Supaya
petang boleh dimakan
Pada
yang jauh dan juga yg dekat
Selamat
datang kami ucapkan
Tupai
mati disarang kerengga
Anak
Murai saja berlari
Hajat
di hati sekelian keluarga
Hendak
meraikan Raja Sehari
Surung
Papan Tarik Papan
Tarik
Papan di Atas Jerami
Terima
Kasih Kami Ucapan
Pada
yang datang ke Majlis Kami
Berlari
lari di bukit gantang
Berlari
bersama tuan puteri
Kami
mengucap selamat datang
Hadir
tuan menambah seri
Buah pauh mari di kerat,
Alamat petang boleh dimakan
Pada yang jauh dan juga dekat,
Selamat datang kami ucapkan
Nasi putih nasi lemak,
Sajian makanan di waktu pagi
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi bertandang ke majlis kami
Kalau tidak kerana bulan,
Tidak bintang terbit pagi,
Kalau tidak kerana tuan,
Tidak majlis sepermai ini
Hari ini menugal jagung,
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung,
Meraikan mempelai dua sejoli.
Buah pauh mari di kerat,
Alamat petang boleh dimakan
Pada yang jauh dan juga dekat,
Selamat datang kami ucapkan
Nasi putih nasi lemak,
Sajian makanan di waktu pagi
Terima kasih banyak-banyak,
Sudi bertandang ke majlis kami
Kalau tidak kerana bulan,
Tidak bintang terbit pagi,
Kalau tidak kerana tuan,
Tidak majlis sepermai ini
Hari ini menugal jagung,
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung,
Meraikan mempelai dua sejoli.
Asal dari Bukit Siguntang,
Kisah hikayat tidak terperi
Kami mengucap selamat datang,
Hadir tuan menambah seri
PENGANTIN
TIBA
Jalan
jalan di kuala sepetang
Di
petang hari pasang pelita,
Yang
kita tunggu sudah pun datang
Yang
kita nanti sudah pun tiba.
Menanam
serai berumpun-rumpun
Disiram
air setiap hari,
Lemah
gemalai hayun tersusun
Putra
dan putri mencemar duli
Di umumkan
ketibaan pengantin dan diiringi paluan kompang, berjalan ke arah majlis
perkhemahan, pasangan pengantin yang segak lagi bergaya, yang cantik lagi
menawan, pasangan Raja Sehari DAHLIA
BINTI DZAYUDDIN dan pasangan MOHAMAD SYAFIQ BIN ABDUL RAZAK
Hadirin
dan hadirat yang diRahmati Allah sekalian, apa yang dapat kita saksikan kini ialah
berarakNYA masuk ke majlis persandingan, pasangan raja sehari; DAHLIA BINTI
DZAYUDDIN dan pasangan MOHAMAD SYAFIQ BIN ABDUL RAZAK
diiringi oleh PUKULAN KOMPANG
Anak cina
memasang lukah
Lukah
dipasang di Tanjung Selasih
Pasangan
pengantin segak melangkah
Mara
menuju mahligai kasih
Bersampan
sampan ke muara
Berdayung
dayung kerumah sidia
Kedua
Mempelai telah pun tiba
Sila sila
lah ke singgahsana tersedia
PROTOKOL WELCOMING
TERLEBIH
DAHULU MAJLIS MERAKAMKAN RIBUAN TERIMA KASIH YANG
TIDAK TERHINGGA DAN MENGALU-ALUKAN KEHADIRAN
TETAMU KEHORMAT, TUAN-TUAN DAN PUAN- PUAN SEKALIAN KEMAJLIS
PERKAHWINAN DAHLIA BINTI DZAYUDDIN dan pasangan MOHAMAD SYAFIQ
BIN ABDUL RAZAK
ASSALAMUALAIKUM
DAN SALAM SEJAHTERA.
BACAAN DOA
BERSAMA
KITA MEMOHON RAHMAT,
MOGA
MAJLIS MENDAPAT BERKAT.
ANGKAT
TANGAN JEMARI TERSEMAT,
DOA DI
POHON BIAR SELAMAT
HADIRIN
YANG DIMULIAKAN SEBAGAI PEMBUKA TIRAI ATURCARA MAJLIS HARI INI KITA DAHULUI
DENGAN BACAAN DOA SELAMAT.
MAJLIS
DENGAN SEGALA SUKACITANYA MENJEMPUT DAN MEMPERSILAKAN
……………………………………………………………..
UNTUK MEMIMPIN BACAAN DOA SELAMAT SEBAGAI
PERMINTAAN HAJAT DAN RESTU, AGAR MAJLIS KITA LEBIH DIBERKATI ALLAH.
DIPERSILAKAN
DENGAN SEGALA HORMATNYA.
DOA PENGANTIN
DI DAHULUI DENGAN ALFATIHAH
& SELAWAT
Al Fatihah…………
Bismillahirahman
nirrohim, Alhamdulillahirabialamin, Hamday yuwaafi ni’ amahu wa yukaafii
mazidah. Yaa rabbabaa lakal-hamdu kamaa
yambaghi li jalaai wajhikal-kariimi wa ‘azhiimi sulthanik. Allahumma shalli ‘alaa sayyidinaa Muhammad wa
‘alla aali sayydinaa Muhammand.
1. Segala puji hanya untuk-Mu ya Allah
yang telah menjadikan kami berpasang-pasangan. Selawat dan salam di atas
junjungan kami Saiyidina Muhammad rahmat sekelian alam serta keluarga dan
sahabat-sahabatnya sekelian.
2. Ya
Allah YA Rahman ya rahim, pada hari yang berkat ini, kami berhimpun di sini
sebagai tanda kesyukuran kami atas nikmat-Mu bersempena dengan majlis
perkahwinan pasangan DAHLIA
BINTI DZAYUDDIN dan
pasangan MOHAMAD SYAFIQ BIN ABDUL RAZAK yang diadakan oleh keluarga kedua-dua mempelai dengan
selamat dan sempurna bagi pernikahan anakanda mereka.
3. Ya Allah, Ya Rahman Ya Rahim, Yang Maha esa lagi Sempurna,
rahmatilah majlis ini semoga ianya berjalan dengan sempurna seperti mana yang
telah Engkau kehendaki dan berkatilah majlis yang diadakan ini dengan
keberkatan dari permulaan hingga ke akhirnya. Sesungguhnya pertemuan ini adalah
dengan izinMu.
4. Ya Allah, Ya Tuhan kami Yang Amat
Mengasihani, limpahkanlah rahmat dan keampunanMu kepada pasangan pengantin.
Kurniakanlah keduanya ketenangan, kebahagiaan dan jiwa yang tabah menghadapi
setiap dugaan dan cubaan hidup berumahtangga lebih lebih lagi di akhir zaman
yang penuh pancaroba ini.
6. Ya Allah, kurniakanlah restu dan kasih sayang di antara
kedua pengantin ini serta eratkan hubungan keduanya sepertimana telah Engkau
hubungkan di antara air & tanah, Adam & Hawa, Ibrahim & Siti Hajar,
seperti Yusuf & Zulaika, Ayub & Rahmah, Musa & Safurah, Sulaiman
& Puteri Balqis dan seperti Baginda Muhammad s.a.w & Khadijah.
7. Ya Allah, satukanlah keduanya dalam
inayah dan barakahMu. Semoga menjadi Nur ibadah yang mendambakan rahmatMu.
8. Mudah-mudahan perkongsian hidup yang
dibina ini di kurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta berkekalan hingga
ke akhir hayat. Amiin Ya Rabbal A’lamin.
Rabana attina
fiddunnya hasanah, wafiakhiriti hassanah, wa qinaa azabbannar. Wassallahhuala saidina muhammadin waalaalihi
wasahbini wassalam, walahamdulillah rabbialamin.
********************************
AMIN...AMIN
YA RABBAL A’LAMAIN.
SEMOGA
DENGAN BACAAN DOA ITU TADI, MAJLIS GILANG-GEMILANG INI AKAN LEBIH DIBERKATI
ALLAH HENDAKNYA. aminnn
Dari
Raub pergi ke Pontian
Terus
pula ke Kuala Perlis
Harap
semua berikan perhatian
Mohon
saya mulakan Majlis
BismilLahir
Rahmanir Rahim
Assalamu
`Alaikum W.B.T.
Bagi
pihak DAHLIA BINTI DZAYUDDIN dan pasangan MOHAMAD SYAFIQ BIN ABDUL
RAZAK iaitu Ayahanda & Bonda kepada Pengantin WANITA selaku tuan rumah bersama
bagi Majlis Perkahwinan pada hari ini,
yang meraikan pasangan mempelai; DAHLIA BINTI DZAYUDDIN dan pasangan MOHAMAD
SYAFIQ BIN ABDUL RAZAK, , yang dihormati ahli keluarga, saudara-mara, dan
rakan-rakan kedua-dua mempelai, hadirin dan hadirat para tetamu yang diRahmati
Allah S.W.T. sekalian.
Selamat
datang ke Majlis Perkahwinan DAHLIA BINTI DZAYUDDIN dan pasangan MOHAMAD
SYAFIQ BIN ABDUL RAZAK
Majlis
dengan ini diteruskan dengan acara merestui kedua dua pengantin.
Diharap
Nama-nama yang saya akan sebutkan dapat bersedia dan naik keatas pelamin bagi
merestui kedua mempelai.
Majlis
memulakan dgn menjemput :
(Sila
bekalkan senarai nama)(Jika ada)
Selesai
sudah acara merestui kedua kedua pengantin dan terima kasih pada semua.
PANTUN MAKAN BERADAP
Menonton
Cerita di Tepi Ladang,
Cerita
pilihan Ahmad Albab
Pinggan
mangkuk siap terhidang
Kini
masa makan beradab.
Semerbak
bau bunga seroja
Dibelai
dua dara pingitan
Lauk
pauk penuh semeja
Jemput
semua menikmati hidangan
Sebelum
itu, marilah sama-sama kita menadah tangan mengaminkan bacaan doa makan beradab
yang akan dibacakan oleh saya.
DOA
SEBELUM MAKAN
ALLOOHUMMA
BAARIK LANAA FIIMAA RAZAQTANAA WAQINAA 'ADZAA BANNAAR
****** Segala
puji bagi Allah yang telah memberi makan kami dan minuman kami, serta
menjadikan kami sebagai orang-orang islam.
Semerbak
bunga seroja
Dibelai
tiga dara pingitan
Lauk
pauk penuh semeja
Jemput
mempelai menikmati hidangan
Inilah
yang dikatakan, umpama belayar telah sampai di pelabuhan
Umpama
berkayuh telah sampai di muara
Umpama
berjalan telah sampai di destinasi
Tiada
untaian kata yang mampu dilafazkan selain ungkapan rasa syukur dan ucapan
terima kasih yang tulus ikhlas daripada Raja Sehari dan ahli keluarga buat
semua, atas kesudian hadir dan memeriahkan Majlis kita pada hari yang penuh
keberkatan ini.
Tanam
langguna tumbuh kelapa
Terbit
bunga pucuknya mati
Budi
semua tak kami lupa
Sudah
terpaku di dalam hati
Tuan
puteri tersenyum-senyum
Melihat
laksamana bermain rodat
Senyum-senyum
jangan tak senyum
Sudah
sempurna segala adat
(SESSI BERGAMBAR)
UCAPAN PENUTUP D.J. SAS
Pergi
ke dusun memetik kelapa
Kelapa
muda si kelapa barli
Jari
disusun maaf dipinta
Panjang
usia bersua kembali
Mohon
maaf atas segala kekurangan semasa mengacarakan Majlis ini. Berjumpa kita lagi
pada masa yang akan datang. Saya mengucapkan salam hormat buat semua,
wabilLahit Taufiq walHidayah wasSalamu `Alaikum W.B.T.
P/S:
SILA IKUT QUEUE/ARAHAN MC MAJLIS D.J.
SAS BAGI MELICINKAN PERJALANAN MAJLIS. T. KASIH