One XOX Da dan MA

DA dan MA Onexox Penerangan Lengkap

Apa maksud DA dan MA dalam onexox ni? Ramai tanya DA dan MA Onexox ni. Setiap kali orang bertanya, setiap kali tu lah saya dengan gigih terangkan. Jadi saya terfikir untuk buat post di blog ini. Senang sikit.

Secara ringkasnya, DA + MA = Jumlah kredit

DA dan MA onexox
Apa itu DA dan MA dalam Onexox

Isi Kandungan

DA dan MA Onexox

Ramai bertanya kenapa setiap kali saya topup, jumlah topup saya dibahagikan ke DA dan MA?

Ok begini.

DA adalah Dedicated Account. Manakala MA adalah Main Account.

Setiap kali anda topup RM10, DA akan terima RM4, dan MA akan terima RM6. Kalau topup RM30, DA akan terima RM20 dan MA akan terima RM10.

Camna kalau topup RM50?

Kalau topup RM50, DA akan terima RM50 dan MA tak terima apa-apa. Saya sediakan jadual untuk lebih senang paham.

Topup / Akaun DA MADAMA
RM10RM4RM6
RM30RM20RM10
RM50RM50RM0

Apa fungsinya tu dibahagi-bahagikan camtu?

Camni ceritanya;

Zaman sebelum wujudnya Season Pass Onexox, DA dan MA ni memainkan peranan penting.

Kenapa?

Saya tak nak cerita detail sangat, cukup untuk orang faham. Segala panggilan dan SMS akan gunakan kredit dalam DA dahulu. Bila DA dah habis barulah kredit dalam MA pula akan digunakan.

Sebarang panggilan dan SMS yang gunakan DA akan dapat rate rendah dan SUPER MURAH berbanding guna kredit dalam MA.

Aik? Jadi bila pulak panggilan akan guna MA?

Bila kredit di DA dah habis, maka kredit MA akan berjalan untuk panggilan dan SMS. Yang mana MA ni tak semurah rate DA.

MA ni sebenarnya adalah kredit yang dikhaskan untuk beli data.

Segala pembelian data akan gunakan kredit di MA. Kalau kredit MA 0 atau tak cukup kredit, maka kredit dari DA akan ditarik masuk ke MA secara automatik untuk tujuan pembelian data.

Pening kan?

Sekarang Zaman Season Pass

Itu dulu, sekarang pengguna yang dah biasa dengan Onexox tak pernah kisah pasal DA dan MA pun.

Sebab apa?

Sebab kami ada Season Pass sekarang ni.

Nak data? Nak Panggilan? Nak SMS? Kami beli dan simpan data, minit panggilan dan sms tu.

Oh ye,

Pembelian tu guna kredit di MA tau.

Camna ni, kredit MA saya takde baki sebab saya selalu topup RM50 je. Tak perlu risau lah pasal DA dan MA tu.

Selagi jumlah kredit (DA+MA) cukup baki, boleh proceed je beli Season Pass nih.

Nak tahu tentang Season Pass boleh baca artikel saya yang bertajuk Senarai Lengkap Season Pass Onexox.

Sekarang camna?

Masih nak fikir DA dan MA?

Tak perlu ye. Just beli Season Pass setel. Kalau rasa pakej Season Pass tu terlalu besar, boleh tunggu Season Pass Happy Hour yang dijual dengan harga yang lebih murah.

Murah sebab pakejnya kecilkan sedikit. Tapi Happy Hour Season pass ni bukan dapat hari-hari tau.

Kalau nak tanya apa-apa berkaitan Onexox, boleh Whatsapp saya di O1737897l7.

CNP dari WEB Sifu  https://adzril.com/da-dan-ma-onexox/