BISMILLAHIRAHMANIRRAHIM
ALHAMDULILLAHIRABBIL 'ALAMIN HAMDAN YUWAAFI
NI'MAHUU WA YUKAAFI MAZIIDAH.
YA RABBANA LAKAL HAMDU KAMA YANBAGHI LI JALAALI WAJHIKAL KARIIMI WA ADZHIIMI
SULTHONIK.
ALLAHUMMA SHOLLI 'ALAA SAYYIDINA MUHAMMADDIN WA 'ALAA SAYYIDINA MUHAMMAD.
Ya Allah sesungguhnya hambaMu ini memohon dengan penuh pengharapan kepadaMu Ya
Allah ..sempena ulangtahun kelahiran Cucuku
ini, Kau Panjangkanlah umurnya dan kurniakan kepadanya kehidupan yang lebih
bahagia dan berjaya dari tahun2 yg lalu. Kurniakanlah kepadanya rezeki yang
murah, berkat dan direstuimu Ya Allah. Jauhkanlah
Cucuku ini dari belenggu kesusahan, kemiskinan
dan kebuluran dirinya dan keluarganya.
Ya Allah Ya Tuhanku. Bukakanlah kepadanya pintu kebajikan, pintu berkat, pintu
nikmat, pintu rezeki, pintu kesihatan, pintu keselamatan, pintu syurga dan
segala pintu kebaikan di dunia dan akhirat. Dan aku jua memohon kepadaMu Ya
Allah, jauhkanlah segala pintu kejahatan dan keburukan darinya dan keluarganya.
Ya Allah... tiada yang mudah kecuali Engkau yang memudahkan dan Kau jua Ya
Allah yang menjadikan yang susah itu mudah. Permudahkanlah kehidupannya dan
keluarganya. Jauhkanlah dari segala bala dunia dan akhirat. Jauhkanlah dia dari
pujukan iblis dan syaitan serta jauhkanlah dia dari kejahatan manusia dan jin
yang memusuhinya dan jauhkanlah dia dari pengaruh nafsu yang menyesatkannya.
Ya Allah hidupkanlah dia dengan keimanan dan matikan lah ia bila sampai masanya
dalam keimanan. Ya Allah Kau berikanlah padanya kesihatan fizikal dan mental
yang terbaik, terangilah hatinya dengan cahaya hidayahMu, Perbaikanlah
amalannya dan tunaikanlah hajatnya baik dalam agama mu, dunia dan akhirat. Sesunguhnya hanya engkau
yang Maha berkuasa atas tiap2 sesuatu.
Ya Allah hambaMu ini juga memohon agar Engkau sinari dirinya dengan cahaya Nur
Mu dalam hatinya, telinganya, matanya, mukanya, belakangnya, atas dan bawahnya,
urat sarafnya, dan pada darahnya, serta dagingnya, rambutnya dan lidahnya. kaki
tangannya dan semoga Kau jadikan Nur itu pada semua pandangan dan fikiranNya
dengan rahmatMu Ya Allah yang maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
Ya Allah,Ampunilah segala dosa2 nya dan kedua ibubapanya serta keluarganya dan
semua teman2 nya dan muslimin muslimat...kerana hanya Engkau Maha Pengampun
akan segala dosa-dosa.
Ya Allah jadikan dia juga seorang mukminin/mukminat yang soleh/Solehah kepada semua yang berkaitan
dengannya.
Ya Allah..hambaMu ini mengakhiri permintaan ku in .dengan permintaan semoga Kau
kurniakan segala kebahagiaan, kejayaan, kekayaan dan keindahan kepada Cucuku
ini di dunia dan akhirat. Kau Jadikan dia hamba yang beriman, bertaqwa, beramal
soleh dan bersabar atas segala perintahMu dan ketetapanMu. Ampunilah segala
dosanya sedar atau tidak. Jadikanlah dia sebaik2 Cucu iaitu Cucu yang soleh/solehah
seindah hiasan di dunia ni. Amin Ya Allah, Amin Ya Rahman, Amin Ya Rahim, Amin
Ya Rabbal 'Alamin.