pantun

Pantun Selamat Pengantin Baru

 Pantun selamat datang

Buah pauh di kerat kerat
Supaya petang boleh dimakan
Pada yang jauh dan juga yg dekat
Selamat datang kami ucapkan

Pijat mati disarang kerengga
Anak Murai saja berlari
Hajat di hati sekelian keluarga
Hendak meraikan Raja Sehari
  
Pantun semasa pengantin tiba:
Orang ke laut menjala Udang
Di petang hari pasang pelita,
Yang kita tunggu sudah pun datang
Yang kita nanti sudah pun tiba.

Menanam serai berumpun-rumpun
Disiram air setiap hari,
Lemah gemalai hayun tersusun
Maklum lah dipanggil raja sehari.
Pantun semasa tepung tawar
Orang jauh dikenang-kenang,
Hanya terkenang pada yang satu,
Mula berkenalan kemudian bertunang,
Akad dilaksana sama bersatu
Anak Cina mengail patin
Mengail patin di tepi titi
Senyum terukir pasangan pengantin
Tanda gembira penuh di hati
Pantun makan beradab
Menonton Cerita di Tepi Ladang,
Cerita pilihan Ahmad Albab
Pinggan mangkuk siap terhidang
Kini masa makan beradab.
Semerbak bau bunga seroja
Dibelai dua dara pingitan
Lauk pauk penuh semeja
Jemput semua menikmati hidangan

Berdua-dua mencari renda
Dapat satu di Inderagiri
Doa dari ayahanda bonda
Agar Masjid kekal berdiri

Pantun terima kasih

Anak pipit memakan padi
Padi belum menjadi beras,
Bukan sedikit tuan-puan berbudi
Budi kalian sukar dibalas

Nasi putih nasi lemak
Sajian makanan di waktu pagi
Terima kasih banyak-banyak
Sudi bertandang ke majlis kami.
Kalau tidak kerana bulan
Tidak bintang terbit pagi,
Kalau tidak kerana tuan
Tidak majlis sepermai ini.
Hari ini menugal jagung
Hari esok memintal tali
Hari ini kita berkampung
Meraikan mempelai dua sejoli.
Budak budak memasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Selasi
Pasangan pengantin segak melangkah
Mara menuju mahligai kasih
Meniup serunai di tepi kota
Sambil memupuk bunga melati
Mula kenal kemudian bercinta
Tersemai Cinta di dalam hati
Pantun penutup
Tanam pisang tumbuh kelapa
Terbit bunga pucuknya mati,
Budi semua tak kami lupa
Sudah terpaku di dalam hati
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat,
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
Pantun usik mengusik di majlis perkahwinan
Sudah lama pokoknya condong
Barulah kini batangnya rebah.
Sudah lama niat dikandung
baru sekarang diizinkan Allah.
Orang membelat di tepi pantai
Banyak dapat ikan tembakul.
Yang kami hajat sudah tercapai
Yang kami doakan sudah terkabul.
Asal dari Bukit Siguntang
Kisah hikayat tidak terperi
Kami mengucap selamat datang
Hadir tuan menambah seri
Menitis peluh merentas ladang
Hati-hati menjejak kaki,
Sebaik saja sajian dihidang
Sudilah Tuan-Puan persilakan diri.
Beli titi kayu belian
Belian dibeli dari ulu
Minta sudi lah hadirin sekalian
Jgn segan jgn malu